Wahai Nabiku…

Assalamualaikum..

Jiwaku tersentuh setelah mendalami bacaan berkaitan kasihnya Rasulullah s.a.w terhadap kita.. Airmata menitis kebumi tatkala akhir bacaan tentangnya.. Begitu syahdu bila diriku menghayati keadaannya..

Nabiku..
Setiap nafas yang keluar dari dirimu adalah nafas kasih sayang.. Dirimu sanggup meninggalkan segala kemewahan dan keamanan dunia yang sepatutnya dikecapi sebagai insan didunia.. Dirimu turun ke tengah masyarakat untuk beri peringatan disebabkan ketinggian kasih sayangmu kepada mereka.. Dirimu bersungguh-sungguh menyebarkan kasih sayang dan tiada perkara paling bernilai yang melambangkan kasih sayangmu kepada manusia,melainkan mengeluarkan manusia dari kejahilan kepada keilmuan,mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya juga memberi keselamatan kepada manusia ketika di dunia sebelum ke akhirat sana.. Sesungguhnya tidak terbalas kasih sayangmu kepada kami semua.. Tanpa dakwahmu, kami kini mungkin penyembah matahari, bulan, api,pohon-pohon kayu dan batu bata..

Pelabagai sirah yang mencatatkan seribu satu kisah mengenai sifat kasih sayangmu kepada kami semua.. Dirimu memaafkan kaum Thaif yang mana memaki hamun dan melontarkan batu sehingga anggota tubuhmu mengalirkan darah yang mulia.. Dirimu memaafkan kaum Quraisy yang menghalaumu dari tempat kelahiranmu juga rumahmu yang punyai beribu kenangan dengan Siti Khadijah sebagai isteri dalam hadapi dugaan dunia.. Tiada apa-apa kesalahan kepada kami semua yang dilakukan melainkan kerana dirimu menyanyangi kami semua agar tidak tersesat dengan syaitan dan dunia.. Kami semua tidak dapat menilai kasih sayangmu sehingga sanggup lakukan perkara yang melukakan hatimu..

Nabiku..

Dirimu juga dipulau sehingga terpaksa mengikat batu diperut kerana kelaparan dan dahaga.. Walau isteri tersayangmu meninggal dunia,dirimu tetap istiqamah dalam perjuangan,demi kasih sayang yang mesti diteruskan juga..

Ramai umatmu meninjau setiap bukit yang dirimu telah didaki,hingga membuatkan mereka berfikir betapa beratnya dugaan fizikal yang dirimu harungi.. Dalam usia yang menjangkau lima puluhan,dirimu terpaksa naik ke bukit demi bukit, bersembunyi di celah-celah batu dan gua untuk menyelamatkan dakwahmu demi untuk disebarkan kepada manusia.. Manusia mana yang patut kami sayangi melebihi dirimu wahai Baginda..? Teladan yang terbaik mana yang patut kami serapkan melainkan teladan darimu..? Wahai nabiku,aku perlukanmu disampingku selain penciptaku di dunia.. Engkau pentafsir mulia segala perintah ALLAH YANG MAHA ESA..Pengorbananmu tidak akan sanggup dilakukan oleh sesiapa di dunia ini demi memastikan umatnya tidak jahil dan tidak buta.. Ia bertujuan kami tidak sengsara di dunia juga akhirat sana.. Bahkan akhir kalammu hinggakan disudahi dengan sahutan “UMMATI..UMMATI..UMMATI..!!!”.. Betapa syahdu dirasa tatkala keadaanmu sebegitu rupa.. Menggambarkan betapa dalamnya kasih sayang dan cintamu kepada kami semua sebagai umatmu di dunia…

Selawat dan salam buatmu wahai Nabiku yang mulia…

Bila Al-Quran berbicara…

Waktu engkau masih kanak-kanak………….
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu’, saya kau sentuh
dalam keadaan suci. saya kau pegang
saya, kau junjung dan kau pelajari
saya engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa…………..
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku…
Apakah saya bahan bacaan usang yang tinggal sejarah…?
Menurutmu, mungkin saya bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu saya hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji…….
Sekarang. saya tersimpan rapi sekali;
sehingga engkau lupa di mana saya tersimpan
saya sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi setormu.

Kadang kala saya dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau saya kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini saya lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian , kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci. saya engkau pendamkan.
Dulu…pagi-pagi… surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa
halaman.
Di waktu petang. saya kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau…..

Sekarang…seawal pagi sambil minum kopi…engkau baca suratkhabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan saya yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan…

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka
surah2ku (Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan, radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada saya untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku………
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku

Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran televisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu………
saya semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkau pun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio, hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu…
Setiap saat berlalu…
Dan akhirnya…..
kubur yang setia menunggu mu………..
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika saya engkau baca selalu dan engkau hayati…
Di kuburmu nanti….
saya akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah “Al-Qur’an”, kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah saya kembali.. .. bacalah saya kembali saya setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera saya dari almari, lacimu…….
Letakkan saya selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah saya kembali…

Baca dan pelajari lagi saya….
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu…. Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan saya engkau biarkan saya sendiri….
Dalam bisu dan sepi….

Usia Muda Untuk Hari Tua…

Rasulullah bersabda:

         “Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara,iaitu masa mudamu sebelum datangnya hari tua..Masa sihatmu sebelum dirimu dilanda sakit..Masa kayamu sebelum dirimu jatuh papa..Masa lapangmu sebelum datangnya waktu sibuk dan Masa hidupmu sebelum datang saat kematian”

Peringatan tersebut yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. dengan satu tawarn berfaedah,agar manusia tidak mensia-siakan peluang yang ada biar begitu saja..Ia dikurniakan oleh ALLAH bagi kita hidup didunia secara percuma..Ia boleh diumpamakan sesuatu perniagaan yang perolehi keuntungan tanpa perlu modal,sedangkan didalam perniagaan bagi mendapatkan keuntungan ia perluakan modal..

Maka dengan satu peluang yang datang secara percuma dipesankan oleh Rasulullah agar tidak membiarkan ia berlalu dengan sia-sia..  Kerana bila seseorang dikurniakan kehidupan oleh ALLAH,bermakna sudah semestinya dia akan menhadapi&menempuh masa muda..Dengan keadaan tu,ia dikurniakan masa muda tanpa diminta..

Masa muda janganlah biarkan ia berlalu tanpa erti,kerana masa muda penuh dengan kecergasan fizikal dan mental.. Pergerakan jasmani yang kuat untuk melakukan sesuatu pekerjaan atau amal dan mental remaja yang segar, memberikan ruang yang cukup untuk mencapai berbagai ilmu pegetahuan juga pengalaman..

Masa muda tidak akan kekal lama, kerana usia akan menjangkau dewasa dan akhirnyatibalah masa tua.. Setiap detik yang berlalutidak akan berulang lagi dan saat remaja hanya akan tinggal kenangan.. Jika masa remaja tidak dipergunakan menurut sepatutnya, pastilah akan meninggalkan kenangan yang pahit di hari tua..

Masa tua segala-segalanya tidak ada yang indah, kudrat tenaga semakin lemah juga selera makan makin berkurangan walaupun dihidangkan dengan makanan yang lazat.. Begitu juga sering dilanda sakit kerana keupayaan fizikal untuk melawan penyakit makin berkurangan..Maka keterbatasan akan melingkungi dirinya.. Dalam keadaan sebegitu,mungkin seseorang akan menyedari betapa masa muda itu amat berharga bagi diri..Oleh itu, janganlah sia-siakan masa muda yang sangat beerti itu,ia umpama menempah untuk derita dengan menanggung penyelesaian..Ape pun menyesal kemudian hanyalah suatu kesengsaraan..

Masa muda yang diberi secara percuma oleh ALLAH itu,pasti akan ditanya di hari perhitungan kelak.. Kerana usia muda itu,bukan saja suatu anugerah,tapi ia juga suatu amanah.. Pasti Penganugerah-NYA akan mempersoalkan, “apakah yang kamu lakukan dengan usia muda?”. Samaada unutk melakukan ketaatan atau sebaliknya..